Posts

Showing posts from 2024

Kenangan masa lalu & masa depan yang masih misteri

18 Januari 2024.  Hari lahir Amir. Dan semenjak mendapat perkabaran dari beliau yang beliau telah bertunang, aku tidak lagi menghubunginya. Ada ketika aku akan membuka DP WS sekadar mengubat rindu pada seseorang yang pernah singgah di hati kecil ini. Aku gagahkan diri agar tidak sesekali menghubungi beliau. Ada aku ke Kota Bharu pada Mei yang lalu, tetapi tetap aku tidak menghubungi beliau. Cukuplah.. Julai 2024.  Aku perlu berkhursus di Beijing selama seminggu. Teringat tahun lepas. Amir juga pernah ke China untuk berkursus. Putaran ingatan aku kembali kepada beliau. Akhirnya aku tewas dengan diri sendiri. Aku menghubungi beliau menanyakan how to survive di sana kerana WS, google, telegram memang tak dapat akses di China. Beliau ada memberikan maklumat & membantu serba sedikit.  29 Julai 2024 Hari aku tiba di Beijing, ada beliau bertanyakan khabar & mengatakan untuk aku jaga diri di sana. Aku semakin tewas. Dia ada bercanda untuk membelikan ole-ole dari Beijing ...

Secebis Ruang Kosong di Hati

Image
Hi,  Entah kenapa aku masih setia dengan dunia penulisan dikala dunia vlog bermaharaja lela. Mungkin menulis juga adalah satu terapi untuk aku muntahkan segala isi minda.  Ceritanya, baru-baru ni, aku berkenalan dengan seorang lagi lelaki. Selalunya Allah hadirkan  orang-orang dalam hidup kita adalah pada masa-masa yang kita tak sangka.  Januari 2024, aku mendapat perkabaran dari Amir, beliau dah bertunang. Lalu aku himpunkan semua kekuatan yang aku ada untuk ucap tahniah pada beliau dan I'm happy for him . Jujurnya, aku tak sangka yang beliau akan settle down secepat itu. DP WS beliau juga telah bertukar. Beliau lengkap berbaju melayu hitam diatas pelamin tunangannya.  Enam bulan berlalu, dimasa aku rasa aku mampu tersenyum kembali tanpa kehadiran mana-mana lelaki, di saat aku rasa aku kembali mampu buat semua benda sendiri, di saat aku kembali menyanyi-nyanyi kecil seorang diri, Allah gerakkan hati aku & aku ditakdirkan bertemu dengan Hilmi....

Cerpen : Sekadar Rumah Singgah

 Cerpen ni aku tulis tahun 2015. Happy Reading u ols.    “Jangan kau ulang bertanya, kau tahu jawapannya tetap sama”   Surat arahan menghadiri kursus kucapai bersama sebelum bertolak dengan pemandu dari pejabat. Perjalanan daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur mengambil masa 5 jam selepas dicampur tolak darab dan bahagi waktu berhenti rehat, kesesakan jalan raya, waktu kecederaan dan lain-lain.   “Encik Hafiz tolong hantar saya terus ke kawasan asrama lah ya, kawan saya dah tolong daftarkan tadi.” Aku mengeluarkan telefon   berniat untuk menghubungi Puan Rosnah iaitu ibu aku. Dia yang paling risau selagi aku tidak sampai ke destinasi. Walaupun aku sudah berusia 26 tahun, dia masih menganggap aku seperti anak kecil. Sambil memandang kearah beberapa biji beg yang aku bawa, timbul rasa menyesal kerana tidak menyuruh Encik Hafiz tolong mengangkatkan beg tadi. Beg baju, beg laptop, beg tangan. Amboi meriah. Tapi aku memang begitu. Tidak boleh hidup k...

Perjalanan dari Pulau Pinang ke Australia

Image
Hi,   Sebenarnya work trip ni bulan September 2022, tapi biasalah penulisnya bz mengalahkan Perdana Menteri, tak sempat nak share. Awal-awal tahun ni, macam ada masa sikit. So, let see apa yang I boleh share with u ols, my dearie readers.  So, as mention before ini adalah work trip ya. Posting ni akan sangatlah panjang sebab I memang banyak bergerak from one city to another masa di Australia tu. Tempoh I stay sana adalah 2 minggu.  Al kisah, nak mula dari mana eh?  Passport : Memang sedia ada Flight : I don't know how much the price was, segalanya diuruskan oleh urusetia. Termasuk flight p balik and flight untuk bergerak within Aussie.  Visa  Ni memang hazab betoi. Kebetulannya seminggu sebelum bertolak, aku kena Covid. agak teruk jugak la, kahak melimpah limpah dari paru-paru.. Nak cancel trip, urusetia tak benarkan sebab last minute katanya. Urusetia ni pun! Dah Covid nak kena waktu tu, apa boleh buat. Dua hari lepas quarantine, aku fly. So aku urusk...