Cerpen : Sekadar Rumah Singgah
Cerpen ni aku tulis tahun 2015. Happy Reading u ols. “Jangan kau ulang bertanya, kau tahu jawapannya tetap sama” Surat arahan menghadiri kursus kucapai bersama sebelum bertolak dengan pemandu dari pejabat. Perjalanan daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur mengambil masa 5 jam selepas dicampur tolak darab dan bahagi waktu berhenti rehat, kesesakan jalan raya, waktu kecederaan dan lain-lain. “Encik Hafiz tolong hantar saya terus ke kawasan asrama lah ya, kawan saya dah tolong daftarkan tadi.” Aku mengeluarkan telefon berniat untuk menghubungi Puan Rosnah iaitu ibu aku. Dia yang paling risau selagi aku tidak sampai ke destinasi. Walaupun aku sudah berusia 26 tahun, dia masih menganggap aku seperti anak kecil. Sambil memandang kearah beberapa biji beg yang aku bawa, timbul rasa menyesal kerana tidak menyuruh Encik Hafiz tolong mengangkatkan beg tadi. Beg baju, beg laptop, beg tangan. Amboi meriah. Tapi aku memang begitu. Tidak boleh hidup k...