Posts

Showing posts from August, 2024

Kenangan masa lalu & masa depan yang masih misteri

18 Januari 2024.  Hari lahir Amir. Dan semenjak mendapat perkabaran dari beliau yang beliau telah bertunang, aku tidak lagi menghubunginya. Ada ketika aku akan membuka DP WS sekadar mengubat rindu pada seseorang yang pernah singgah di hati kecil ini. Aku gagahkan diri agar tidak sesekali menghubungi beliau. Ada aku ke Kota Bharu pada Mei yang lalu, tetapi tetap aku tidak menghubungi beliau. Cukuplah.. Julai 2024.  Aku perlu berkhursus di Beijing selama seminggu. Teringat tahun lepas. Amir juga pernah ke China untuk berkursus. Putaran ingatan aku kembali kepada beliau. Akhirnya aku tewas dengan diri sendiri. Aku menghubungi beliau menanyakan how to survive di sana kerana WS, google, telegram memang tak dapat akses di China. Beliau ada memberikan maklumat & membantu serba sedikit.  29 Julai 2024 Hari aku tiba di Beijing, ada beliau bertanyakan khabar & mengatakan untuk aku jaga diri di sana. Aku semakin tewas. Dia ada bercanda untuk membelikan ole-ole dari Beijing ...