Perigi Mencari Timba

12 Julai 2019


Assalamualaikum hampa,

Ok, tak tau macam mana nak mola sebab memang tengah down sikit. Sikit jalah. Orang kata kalau kecewa pun jangan kecewa sangat, jangan sedih sgt, jangan happy sangat. Kita sedang-sedang saja dalam semoa benda. Sesungguhnya, bersederhana itu lebih baik.. cewahhh

Recently, aku ada crush dengan seorang laki.
Aku bukan suka sebab dia kaya, sebab hensem atau sebab dia artis. Aku rasa aku koi matang kot dalam memilih calon. Aku suka dia sebab dia sangat bertanggungjawab (yang ni aku nampak masa kerja), pastu ayah dia ada masalah kesihatan, dia sanggup ambik cuti tanpa gaji untuk jaga ayah dia. Sangat gentleman yang aku rasa jarang jumpa dalam kalangan lelaki melayu. Benda-benda wajib, contoh macam jaga solat tu memang dia buat lah. (kadang-kadang terserempak dengan dia di surau, pastu masa outstation, benda first bila dia sampai di RnR adalah mencari surau. Alhamdulillah.

Aku kenai ramai dah lelaki, aku tak jumpa lagi ciri-ciri yang macam hurm kita nak bagi nama dia apa eh? Abdullah la senang no. Ha, tak jumpa lagi orang macam Abdullah. (kalau ada pun stok-stok laki orang anak satu dua tu ada la, tapi sat g orang kata aku menyondoi pulak).

Orang kata orang lelaki ni lambat tangkap sikit. Kalau kita tak p habaq betoi-betoi depan muka dia, dia blur. So, aku dok pikiaq, boleh ka aku ja p tanya kat dia "mau dak kita nikah?". Tapi malu mampoih tak tau nak p tauk (letak) muka tang mana. Pastu , aku mintak la nasihat daripada sorang kawan aku , dia kata " Lagu ni la senang, mai aku tolong tanya. Aku perkenai diri & tanya teruih la kat dia. Tapi aku tak habaq la aku tanya bagi pihak sapa".

Mola-mola dengaq offer kawan aku tu, aku dok berbelah bagi jugak . Eh, sat ada part aku lupa. Sebelum tu, aku ada la buat solat istikharah 3 malam berturut-turut. Aku tak dak la mimpi apa-apa pun. Cuma aku rasa he is the one. Gitu.. Lepas pikiaq p, pikiaq mai, aku cakap camni kat kawan aku tu "Kak B, aku serahkan maruah aku kat hang, hang tolong lah jaga elok-elok". (Kawan dah dekat 10 tahun, aku panggil dia kak sebab dia tua dari aku 2 tahun). Kak B ni kerja tempat lain lah. Bukan satu tempat dengan kami.

So, petang lepas habis kerja, kak B mesej la Abdullah. Dia perkenai diri, pastu dia kata dia tanya bagi pihak kawan dia . Ayat Kak B " Dalam bahasa mudah, kalau masih single, sudi dak nak berkenalan? Hah macam tu lebih kurang soalan saya" 

Tak lama pun, pukui 5.14 minit petang, 11 Julai 2019, Abdullah reply " Oh, XX nak tanya psl ni ke. tak tahu macam mana nk jawab ni. Cumanya, sy masih belum mencari lagi XX, ade urusan keluarga yang lebih utama skrg ni. Bukan nk menolak, cuma tak nak la berkenalan tapi belum ada niat utk dinikahi.'

Ni ayat sebiji-sebiji aku ambil dari skrinshot yang Kak B hantaq. Masa baca tu, perasaan tu becampuq la. Sedih sebab indirectly kena reject la kan. Bangga dengan rasa tanggungjawab dia tu. Ayat last tu buat aku sebak, aku rasa sesetengah lelaki tak kesah pun berkawan punya kawan last-last tak nikah pun.

Tiap-tiap kali aku baca ayat Abdullah tu, aku sebak. Ish, tak leh la ulas panjang-panjang. Ni pun sebak dah rasa (lepas 4 bulan dari tarikh kejadian). So, tujalah aku nak cerita. Macam besa lah, draf punya lama dah, publish setahun kemudian.



Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.