Secebis Ruang Kosong di Hati

Hi, 

Entah kenapa aku masih setia dengan dunia penulisan dikala dunia vlog bermaharaja lela. Mungkin menulis juga adalah satu terapi untuk aku muntahkan segala isi minda. 

Ceritanya, baru-baru ni, aku berkenalan dengan seorang lagi lelaki. Selalunya Allah hadirkan  orang-orang dalam hidup kita adalah pada masa-masa yang kita tak sangka. 

Januari 2024, aku mendapat perkabaran dari Amir, beliau dah bertunang. Lalu aku himpunkan semua kekuatan yang aku ada untuk ucap tahniah pada beliau dan I'm happy for him. Jujurnya, aku tak sangka yang beliau akan settle down secepat itu. DP WS beliau juga telah bertukar. Beliau lengkap berbaju melayu hitam diatas pelamin tunangannya. 

Enam bulan berlalu, dimasa aku rasa aku mampu tersenyum kembali tanpa kehadiran mana-mana lelaki, di saat aku rasa aku kembali mampu buat semua benda sendiri, di saat aku kembali menyanyi-nyanyi kecil seorang diri, Allah gerakkan hati aku & aku ditakdirkan bertemu dengan Hilmi. 

Bukan mudah untuk hati yang telah berkali-kali hancur untuk memulakan semula satu lagi kitaran pertemuan. Tiada harapan yang menggunung semasa pertama kali aku bertentang empat mata dengan Hilmi. Aku sedang berkira-kira untuk keluar ke kedai buku semasa hari cuti sewaktu aku menerima panggilan dari Hilmi. Beliau mengajak untuk berjumpa selepas beliau selesai kerja. 

Tiada spark fireworks kali pertama aku melihat beliau. Beliau masih berbaju uniform dengan safety shoes. Lagipun usia beliau jauh lebih muda berbanding aku. Dalam benak aku, mungkin ini pertama & terakhir aku bertemu dengan beliau. Orangnya softspoken, boleh nampak yang beliau sedikit gugup, tapi tetap ramah berbicara. Kadang kala diselitkan dengan lawak jenaka yang nampak natural. 
Selepas berjalan mengambil angin di pesisir pantai, kami ke medan selera Esplanade. Banyak hal recehan yang kami bicarakan. Tak sedar masa berganjak ke jam 10 malam. Aku minta izin untuk pulang. Beliau kemudiannya menelefon, untuk pastikan aku telah selamat sampai kerumah. 

Pertemuan itu baik, cumanya aku tak pasti untuk bertemu lagi dengan beliau. Teringat satu nasihat yang aku dengar baru-baru ini "Don't looks for fireworks, but looks for a fireplace. Fireworks will just be temporary, it will vanish into the air but fireplace is a place where you can always return to and warm you". 


Sehari berlalu, beliau kemudiannya menghubungi aku.. Mengajak untuk pertemuan kali kedua. Aku turutkan saja. Kali ini beliau mengajak untuk lepak mamak. Dia tawarkan untuk menjemput aku di rumah, tapi aku lebih selesa untuk bertemu saja di kedai makan. 
Aku tiba lebih awal, sambil-sambil menunggu di meja, scroll2 Tik-Tok, terdengar satu suara memberi salam dari belakang. Beliau nampak lain kali ini, berbaju kemeja Giordano turquiose,lebih santai berbanding pertama kali aku bertemu dulu. Aku cam logo di dada kiri baju kerana aku juga memiliki kemeja yang sama. 

Banyak yang kami bualkan kali ni. Sewaktu hendak membayar bil, aku hulurkan duit untuk makanan yang aku makan, tapi ditolaknya. Kali kedua beliau membayar untuk makanan kami berdua. Selesai makan, kami solat maghrib dan bergerak ke Dataran Queensbay dengan menggunakan kereta beliau. 
Ironinya beliau mengajak aku ke tempat yang aku pernah jatuh sejatuhnya beberapa tahun lepas. Tempat aku meraung kerana ditinggalkan oleh Amir tanpa sebarang pesan. Aku kembali ke titik yang sama dengan Hilmi. 

Hari berselang, dia mengajak aku berjumpa selepas habis waktu kerja. Aku bersetuju. Walau dalam hati, terdetik apa yang beliau rancangkan sebenarnya? 
Mungkin cuma ingin hilangkan rasa bosan atau mungkin serius mahu mengenali aku? 
Dua kali bertemu, aku masih belum menyimpan nombor beliau. Entah lah, cuma tak mahu timbul sebarang harapan. 

Akhirnya aku mula menyimpan nombor Hilmi, setelah 3 kali pertemuan dan perbualan telefon berjam-jam. Beliau sepertinya menunjukkan minat untuk mengenali aku. Beliau caring, very gentleman. Jika berjalan di pingir jalan, beliau akan memastikan aku berada di sebelah kiri beliau. Tidak ada sekalipun beliau cuba untuk mengambil kesempatan keatas aku. 
Ada satu ketika, kami singgah untuk solat Maghrib di Masjid Kapitan Keling, beliau menunggu aku sambil bersembang dengan seorang pak cik tua yang agak daif. Dari jauh, aku melihat keikhlasan dalam tindak tanduk beliau. 


Tetapi sekali lagi, takdir Allah membolak-balikkan hati Hilmi. Semakin beralih waktu, semakin kurang text yang dihantar kepada aku. Ada ketika, text aku undelivered, cuma 1 tick. Aku cuba menghubungi beliau, tetapi voicemail. Aku cuma mahukan kepastian bahawa beliau bukan tidak mempunyai talian internet, tetapi beliau menutup telefon. Text undelivered kadang-kadang 2 hari, dan kemudian beliau kembali seperti tiada apa yang berlaku. 

Ada sahaja alasan yang diciptakan.. Aku mendengar sambil tersenyum . Walhal dalam benakku tahu, beliau mempunyai 2 telefon. Mustahil dalam dunia digital sekarang, manusia boleh hidup lebih 48 jam tanpa telefon. 

Aku manusia dewasa yang masih waras. Aku boleh menerima apa jua keputusan beliau tapi beliau memilih untuk cuma membiarkan aku dekat dengannya sedangkan beliau masih belum mahu sebarang komitmen. Aku rasakan beliau masih ingin bebas seperti seekor helang yang membelah awan. Tidak mahu kakinya dirantai, tapi pada masa yang sama mahu ada seseorang disamping beliau.

Bilamana aku ingin mengundur diri, cepat sahaja beliau akan membalas text atau terus menghubungi aku. Kalaulah beliau membuat semuanya jelas. Itu lebih mudah. 

Aku akhirnya nekad untuk sekali lagi keluar dari perhubungan ini. Ya, kami masih di fasa talking stage, lebih mudah rasanya untuk aku terus menghindar dari terus mempertahankan sesuatu yang tidak mahu dipertahankan. 

"Hilmi, awak buat saya selesa bila saya dengan awak. Tapi saya trauma sekiranya awak juga pergi meninggalkan saya tanpa sepatah kata. Saya tidak punya seluruh masa di dunia ini untuk menunggu awak, saya akhiri bertemuan kita dengan doa semoga Allah berikan yang terbaik untuk awak". 

Saya akan simpan gambar kenangan yang awak hantar kepada saya pada 21 Jun 2024, semasa saya dalam perjalanan untuk pulang ke kampung. 

Salam sayang, 








Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.