"Anak Dara Tua"

Assalamualaikum hampa semua,

Masih belum terlambat untuk kami ucapkan selamat hari raya 2017.. Moga syawal kali ini lebih bermakna.
Gitu, skema gila ayat pembukaan. Macam besalah, kami ada story nak cerita kat hampa. Sekarang kan banyak anak muda (muda lah sangat) dok kecoh kat media so-sial kes makcik-makcik bawang yang suka sangat jangan tepi kain orang, tanya soalan-soalan peribadi yang kita rasa kita tak perlu kot nak share dengan depa but still depa dok buat mesra dengan kita & mola bertanya soalan-soalan sensitif. Justeru kita akan berfikir sejenak untuk bertanyakan soalan yang sama sensitif pada depa iaitu "Makcik bila pula nak meninggal?". Kuang2..

Ok, kami teruskan saja pada penceritaan kami yang sungguh hazabedah itu. Cerita bermola bila ada lah sedara jauhhhhhhhhhhhhh bau-bau manggis mai beraya di rumah pak menakan kami. Kebetulan kami pun p rumah pak menakan juga. So, terjeromoh la dengan pakcik terzebut. Sembang macam besa, dah lama tak jumpa. Last dia jumpa kami masa kami kecik-kecik dulu, which is 20 tahun yang doluuuu. Ha , tudia punyalah lama kan. Pastu makan-makan kuih raya apa semua, sambung sembang. Pastu mola la dia tanya

"Takkan tak dak calon lagi?"  

Kami sengih jalah. Memang kami ambil pendekatan kalau orang tanya pasal jodoh, kami akan senyum pastu jawab insyaallah. Tak dak lah kami melatah p pukui dia ka apa ka kan.. Eh, eh. pak cik ni tak makan saman u ols, dia sambung lagi.

"Umuq dah berapa"

Kami jawab ikhlas "30"

"Ish, ni boleh panggil ANAK DARA TUA DAH'

Nakharommmm!! depan-depan mak aku kot wei. Agak-agak lah. Hang ni pasai apa pak cik bawang!.

"Biarlah tua pun" nada sedikit kurang ajaq di situ. 

Nak ja aku sambung " Awat kalau saya anak dara tua pun? ada ka selama 30 tahun saya hidup ni, saya kacau hidup pak cik? Ada ka pak cik nak kena bagi saya makan, minum, beli baju kat saya, bayaq yuran pengajian saya, ada ka saya buat taik sampai kena tangkap basah pastu pak cik kena p jamin saya. Pastu saya bagi muka pak cik malu sebab saya menconteng arang ke muka pakcik ?ada ka jantan dok usung saya kehulu kehiliq sampai menimbulkan fitnah? ada ka????????. Tak dak kan? So, awat pak cik risau sangat saya tak menikah lagi???" Tapi aku tak buat lagu tu

Ya allah, geram sangat masa tu. Mak kami pun terdiam. Tak pernah lagi kami jumpa seseorang yang begitu capoi mulutnya. Jantan pulak tu. Betoi la orang cakap, mulut orang jantan lagi bisa dari mulut pompuan. Huh

Sesetengah orang-orang tua nak kita hormat depa tapi depa tak pernah belajar untuk menghormati orang lain. Justeru mebuatkan kita pun hilang respek kat depa. Kita macam nak kata 'i don't give a damn, p mampoih la hang'.

Persoalannya di sini, sapa yang tetapkan timeline umuq sebelum 30 kena menikah. Lepas 30 dikira anak dara tua. Janda muda semua miang,gatai. Duda semua tak bulih pakai. Sapa?? Masyarakat kita yang mentaliti kelas ke-4 tulah. Kemon la, kita dok zaman mana la ni?? 
Persoalan minda ke-4 lagi :

1. Umuq 30 tak kawin : memilih sangat, nak hat kaya, hat helokk saja, macam dia segak sangat (Damn)
2. Dah menikah : Bila nak ada anak? Setahun dah menikah takkan tak lekat lagi? (Damn lagi)
3. Menikah anak sorang : Aik, sorang ja, bila nak tambah? (Super damn)
4. Cerai : Tulah, aku dok kata dah jangan menikah muda sangat. Depa bukan tau apa lagi pasai rumah tangga. Kanyaq lagi. (Speechless)
5. Menikah laki orang : Laaaa, dia tu dok menikah dengan laki orang. Buat macam dia tak laku sangat. Bercambah lagi aih jantan lain. Awat nak ambik laki orang juga? ( Makcik/palcik bawang : Mulut hampa memang nak kena cabai na)

Sudah lah hampa, kami cuma nak menyatakan pendapat kami :

1. Mulut orang kita tak bulih tutup. Orang tu sendiri yang kena ada kesedaran sivik untuk tidak menjengoikan hidung depa dalam hal peribadi orang lain. Kita pulak kena kawal emosi. Memang kita akan rasa marah, geram, sedih tapi kita pikiaq biarlah orang-orang yang tak cerdik ni bercakap seperti tak percaya pada takdir, pada qada & qadar. Depa ingat kalau nak laki, terus petik jari dapat laki, nak anak petik jari dua kali dapat anak?? it ain't that easy Makcik/Pakcik Bawang oi..

2. So what kalau kita terlambat nikah? As long as kita jaga batas-batas pergaulan. Tak menimbulkan fitnah. Kita boleh berdikari, tak mengacau orang, kita bulih jaga mak pak kita. Kita bukan tak nak nikah tapi tak jumpa lagi yang boleh bagi spark (perasaan macam ada bunga api dalam hati, pastu macam ada kejutan letrik tu) ~ aku rasa aku terlebih berangan & banyak sangat tengok cerita katun.. hehe

3. Banyakkan berdoa. Insyaallah Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. Hampa rasa perkahwinan adalah yang terbaik? Ada anak adalah yang terbaik? Tapi Allah tuliskan yang lebih baik. Have faith in Allah.

4. One fine day, kalau dipanjangkan usia, kita semua akan jadi tua. Kita dah faham kan perasaan kalau orang terlebih prihatin hal peribadi orang lain?? So, please educate anak-anak kita (kalau dikurniakan rezki anak suatu hari nanti) jangan bercakap macam orang tak dak iman & sakitkan hati orang lain. Kita pun jangan dok cakap bagi orang hilang hormat kat kita. Bercakap yang baik-baik, doa yang baik-baik . Oklah, kami bagi contoh sebab hampa bukan paham sangat pun kan? kikiki

Contoh :
Orang tua : "Kawin dah?"
Orang Muda : "Dak lagi".
Orang tua : "Tak palah, insyaallah ada rezki nanti. Doa yang baik-baik na"

Ha, hampa nampak kan beza nya? Orang yang ditanya tu pun akan rasa sedap hati nya. Hampa paham ka dak? 

~ "barangsiapa yang banyak bicaranya niscaya akan banyak salahnya, dan barangsiapa yang banyak salahnya maka akan banyak dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya maka lebih pantas masuk neraka”  ni kami baca masa iklan pendek kat TV 3..

Renung-renungkan & selamat tinggal













Comments

Popular posts from this blog

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.