Sahom Valley Resort; percutian keluarga

15 November 2016

Hi hampa semua,

Macam biasa, tiap-tiap tahun kami akan buat Piruan Trip. Semenjak kami semua dah grad, dah kerja, so nak catch up cerita pun payah sebab semua dok negeri lain-lain kan. Kalau catch up kat whatapps tak sama macam jumpa depan-depan. Sebelum ni malas nak masuk dalam blog, tahun ni rajin pulak kami nk cerita kat sini. Long cut short (broken gila english ni), first trip buat kat utara (Langkawi & Penang), Second trip di Cameron Highland (Lupa la stay mana, tapi area Pasar Malam Brinchang, belakang balai bomba). Third trip Melaka (Bustel & Limastiga). Fourth trip di Negeri Perak. Kami stay di Sahom Valley Resort,Kampar. Yang ni yang nak cerita banyak, kot-kot hampa teringin nak p, atau kot-kot hampa tengah survey tempat nak p.

Ehem, start perjalanan daripada Juru,Pulau Pinang. Aku bertolak pukul 9 pagi (berhenti kat 3 tempat sebab lapaq) sampai dalam pukui 12.20 tengah hari. Perjalanan guna highway PLUS pastu exit Gopeng. Daripada tol Gopeng nak p Sahom Valley lebih kurang 20-30 menet, ikut la cara hampa bawak reta lagu mana. Kadar Tol sehala RM 19.90. Jalan nak p ke Sahom Valley ni macam bengkang bengkok juga. Sila hati-hati memandu. Lepas tol, aku call geng Piru, depa haram tak sampai lagi.(Semua kami p 5 biji kereta. 1 utara, 2 selatan, 1 pantai timuq, 1 wilayah tengah. Nampak dak memang dok merata melesia.huhu)

 So, aku confident tahap cipan, guna waze ja. Drive punya drive kereta sekeliling makin tak dak, jalan koi sunyi sebab hari jumaat orang tak kluaq kot. Aku confident ja, redah ja dengan harapan U Mobile data internet tak buat onar kat aku. Kalau tiba-tiba tak dak line internet, memang aku akan sesat kot. Choii! Pastu aku jumpa Kampung Sahom. Ikut ja sign board dia, masuk mini tar, pastu masuk lagi ladang kelapa sawit. Aku nasihatkan jangan la p sorang-sorang kalau pompuan, tapi kalau dah terdesak macam aku, redah jalah dengan redha dan tawakal. mih-mih-mih. Bila masuk dalam ladang kelapa sawit tu, straight ja ikut jalan denai tu (jangan risau, denai ni bleh masuk kereta la). Finally, ada pintu gerbang wei. Tak sangka, dalam ladang kelapa sawit ada kampung terpencil macam ni. Cantik juga tempat ni, very the classic, i loike.

Ok camni, nak habaq sebenaqnya kat Sahom Valley ni ada banyak kampung-kampung kecik kat dalam dia. Hampa bulih pilih nak bilik yang macam mana ikut keselesaan hampa. Ada "Kampung Tepian Sungai" (memang tepi sungai, bulih la kalau hampa nak feling macam orang kampung p mandi sungai bawa kain baju untuk basuh). "Kampung Buluh" bilik dia buat daripada anyaman buluh wei. "Kampung Warisan" yang ni bilik macam rumah kampung, tapi ada pool juga kat luaq tu. Kami pilih "The Lake". Bilik mengadap tasik besaq, pastu ada swimming pool juga.
(Aku p menilau naik gerek ke kampung-kampung lain masa hari last kami kat sana, tak dan nak try masuk dalam bilik dia macam mana)

Sebab kawan aku dah booking bilik, dia kata "Hang p ja jumpa Farok, ambik kunci dengan dia. Farok tu manih-manih kelat orangnya" (Ayat last tu tak tahan wei). Farok adalah pekerja Bangladesh yang uruskan tempat ni. Daripada jaga kolam, housekeeping, serve buffet makan semua dia buat. Harga bilik termasuk makan untuk 3 hari dua malam adalah RM 410.00 (Untuk 2 orang). Which aku rasa sangat berbaloi. Makan pun sedap. Second night ada barbecue lagi nyah. Nak apa lagi kan.

Ni main entrance untuk p opis dia. Aku ingat boleh jumpa Farok kat sini, ropanya Farok dok ada kat  "The Lake". Dari sini kena ambik kanan baru jumpa "The Lake". Ada sorang Pak cik tunjuk jalan kat aku.
Pastu, aku dengaq kata pak cik tu, p cari Farok . Terus ja bawa kereta ke sana. Jumpa satu lagi pintu gerbang tulis "The Lake".

Ni keadaan bilik yang kami booking, pool betoi-betoi depan bilik kalau hampa pilih bilik bawah, tapi kami pilih bilik ataih sebab luas sikit biliknya (pengalaman kawan aku yang seorang Piru juga)

Bila sampai, sunyi sepi tempat ni. Tak nampak tanda-tanda ada orang kecuali aku. Tang mana nak p cari Farok aku pun tak tau. Aku bagi salam, jeri nama rupa-rupanya Farok dok tinggkat atas, tengah kemas bilik. Sepatutnya kami check in pukul 3, tapi atas sebab-sebab tertentu, kami check in 12.30 tengah hari. Tu Farok kalut, tak dan nak menunggu kami. Tak pa Farok, i paham. Haha

Ambik kunci dari Farok, 5 bilik di tingkat atas. Keadaan bilik adalah di tahap BAIK.Luas. Ada aircond, katil queen, tempat sangkut baju, towel semua ada, toilet luas (ada air panas, sinki, shower) selesa lah pendek kata. Kebersihan pun BAIK. Ada plug 1. Towel disediakan 2 helai. Iron tak disediakan, tapi boleh minta, nanti Farok mai hantaq. TV tak dak. Anyway, sapa nak mai tengok tv. Banyak lagi aktiviti outdoor kita boleh buat.
Ni pool dari view balkoni bilik atas. Panjang lagi sebenaqnya, ada bahagian kanak-kanak juga kat tepi, Sapa yang ambik gambaq tak habis ni. Haish..
Kalau nk keloi orang dari atas ni pun boleh.

Permandangan dari atas balkoni. Ada itik dok berenang dalam tasik. Tenang rasa. Cewah..

Ada aktiviti lain yang hampa bulih buat kat sini. Contoh; Swimming (FOC, swim la sampai lemas pun), berkayak di dalam tasik tersebut (RM 20/jam). Bawa ATV (Kena bayar, tak ingat berapa). Kayuh gerek (RM 10/sehari. Kayuh la sampai tercabut padel). Memancing (RM 24/day/rod). White water rafting Sg.Kampar (RM 120/person). Caving Gua Kandu (RM 45/pax , minimum 6 pax).
Aku cuma bawak gerek ngan swimming ja sepanjang dok sana. Lain-lain tu dok spend time dengan geng, melayan anak-anak piru sambil menyembang. hihi

Kat sini ada restoren jugak (tak leh bagi review pasai makanan sebab aku tak try, tapi scenary amatlah cantik). Pastu ada tempat ala-ala petting zoo. Ada ayam piru, rabbit, ayam, itik (old Mcdonal had a farm, i ya i ya oOOooo).

Hampa layan jalah gambaq kat bawah ni.


ayam ngan anak arnab yang hitam comei


ayam piru dengan ayam kelabu?? ayam apa ntah yang kelabu ni


kincir ayaq yang mencuri hati aku. haha


ni view restoren dia dari jauh



gerek macam-macam jenih..hampa bilih la


kayak


Lupa wei, ada congkak juga, FOC. bleh mengimbau kenangan main congkak di kampung dolu-dolu

All in all, aku suka la tempat ni. Suggested kalau hampa nak lari dari sibuk kota (kota lah sangat). . Cadangan aku kalau hampa nak p tempat ni:

1. Jangan p masa musim hujan. Nanti terbantut aktiviti outdoor hampa
2. Bawa banyak t shirt. Jangan lupa sport shoes
3. Bawa repellent nyamuk kalau hampa tak tahan . Kalau orang kampung macam aku, ok ja. Tak la banyak mana pun nyamuk dia
4. P in a group. Jangan la p sensorang..huhu rasakrik-krik-krik sangat kot wei.
5. Nak buat family day kat sini pun bulih. Sewa terus satu kampung, maknanya kawasan tu hampa yang punya. Macam "percutian di estet tok wan saya yang kaya". Gitu tema family day no.
6. Gua tempurung pun tak jauh dari tempat ni, kalau hampa nak singgah pun boleh kot.
7. Beli/bawak semua keperluan hampa ya, tempat paling dekat untuk beli barang adalah tesco kampar which aku rasa jauh la juga.
8. Guna data internet U mobile. 3 daripada 5 biji kereta telah sesat sebab internet tak dak line. Kih-kih-kih

Aku akan rindu tempat ni, kalau ada rezeki nak p lagi. Yang paling dirindui Farok la. Hahahaha
Disclaimer: Pos ni tak berbayaq na. Aku tulih ikut pengalaman aku kat sana.

Astalavista babe..



Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.