Sebuah perkahwinan, satu perjalanan hidup baru
Hi Internet..
Satu lagi perkongsian perjalanan hidup aku yang juga aku tidak pernah sangka-sangka. Tapi sesungguhnya peraturan Allah itulah yang terbaik. Insyaallah.
Closure relationship aku dengan mamat Blood Brothers (posting sebelum ni) adalah pada 12 Mei 2025. Aku video call bff aku & menangis. Aku ingat lagi yang aku katakan aku nak juga ada seorang lelaki yang will take good care of me. Aku hilang ayah when I was 10. He passed away in an accident. Since then, tak ada lelaki dalam hidup kami. We survive independently.
Sebelum ini. ada satu posting di FB yang menyentak hati aku bilamana seorang perempuan menyatakan ayahnya take good care of her, then her husband continued doing that too. While me feel that i'm struggling and surviving on my own.
Biasalah, lepas menangis, semua kembali ke rutin harian. Pergi kerja, outstation, balik kampung, all those normal routine. Sampai lah satu hari aku pulang ke kampung, mak bagi tau ada lagi satu lamaran untuk aku. Kali ini wajah mak tenang, tak ada apa-apa expectation dari riak wajahnya. Aku sedikit terkejut kerana lamaran tersebut adalah daripada jiran aku sendiri. Rumahnya cuma selang 1 lorong daripada rumah mak.
Z tidak pernah menyuarakan apa-apa pada aku. Memang kami kenal sebab pernah bersekolah satu sekolah rendah dulu. Kemudian semua lost contact selepas masing-masing bawa haluan sendiri. lebih 20 tahun aku tak pernah bersua muka dengan Z. Cuma pada tahun 2022, aku pergi ke OZ dan aku ada menghubungi beliau. Disana kami bertemu kembali. Tapi kami tidak berhubung bilamana aku pulang ke Malaysia. Walaupun masing-masing ada menyimpan contact number.
Selepas 3 tahun, Z pulang ke Malaysia dan melamar aku? Aku sedikit pelik.. Jadi, 1 Muharam, aku mengajak Z bertentang 4 mata dan berbincang berkenaan perkara ini. Pertemuan hampir 2 jam di pagi hari Jumaat dan akhirnya aku menerima lamaran beliau.
Julai kami bertunang dalam majlis serba sederhana yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja. Tiada pelamin, tiada fotografer khas. Aku bangun pada keesokan harinya dengan cincin di jari manis dan aku sendiri masih tidak percaya yang aku telah menjadi tunangan Z. Tiada apa-apa hebahan di media sosial, cukup lah keluarga dan jiran terdekat sahaja yang tahu.
Aku tidak pernah menghadiri kursus perkahwinan, apatah lagi mengambil tahu prosedur perkahwinan. Tapi alhamdulillah, segalanya Allah mudahkan dan diuruskan oleh Z.
Genap 3 bulan selepas bertunang, kami sah bergelar suami isteri dalam majlis ijab & qabul di masjid. Dalam pada aku menangis pada pertengahan Mei berkaitan status hidup aku, hanya selepas 5 bulan, aku bertukar status "isteri". Jika Allah menghendaki, Dia akan mudahkan segala perjalanan hidup kita. Alhamdulillah..
.jpg)
Comments
Post a Comment