Another Failed Relationship
Hi internet,
Aku kembali dengan lagi kisah perjalanan satu hubungan yang kecundang. Tidak pasti apa yang tidak kena dengan diriku. Mungkin ini adalah aturan dan perjalanan yang Allah takdirkan yang pastinya terbaik.
Kisah bermula apabila aku membeli tiket wayang Blood Brothers. Biasa, aku menonton seorang diri. Aku membeli tiket melalui TGV Apps, jadi aku boleh memilih seat yang hanya untuk dua orang ditepi dewan dengan harapan tiada manusia lain yang membeli seat ditepi aku. Tapi takdir Allah melangkaui segalanya. Allah detikkan hati seorang lelaki untuk membeli seat tersebut.
Sepanjang wayang, tiada sepatah kata pun yang kami sembangkan. Aku malah langsung tidak menoleh kepada beliau yang duduk di kiri aku. Sehingga lah wayang tamat, aku menuju ke pintu keluar, masih tidak bertegur sapa atau memandang beliau. Sekali lagi takdir menmukan kami apabila beliau berada di belakangku, dan kebetulan pintu untuk turun ke bahagian bawah mall (Aeon Bukit Mertajam) telah dikunci.
Aku terpinga sebab aku parking kereta di bawah mall, bukan di rooftop sebab aku tidak dapat akses ke laluan masuk rooftop semasa mencari parking. Masa ini aku menegur beliau, dan dapat tahu beliau juga meletakkan kenderaan di bahagian bawah. Kami sama-sama menuju ke rooftop dan mencari jalan keluar. Kali ketiga takdir mengekang kami dari mengikut haluan masing-masing. Keadaan di luar hujan lebat, mustahil untuk turun ke bawah tanpa payung. Memang akan lencun dibasahi hujan. Jadi kami berbual seketika sehingga hujan reda.
Selepas itu, kami sama-sama turun ke bahagian parking bawah melalui laluan kereta roodftop. Dia menemani aku sehingga ke kereta, kemudian mengajak aku untuk makan lewat malam. Aku berikan nombor telefon supaya senang untuk kami berhubung. Pertemuan pertama makan lewat malam di Pelita, Juru Autocity. Semasa turun dari kereta, hujan telah reda.
Usai makan, sekali lagi hujan menimpa dengan lebat. Aku termanggu kerana waktu telah dini hari melepasi tengah malam. Aku mohon untuk pulang. Beliau membayar bil dan mengikut aku ke tepi koridor kedai. Setelah berfikir, beliau akhirnya mensarankan untuk aku menggunakan jaket beliau sebagai pelindung hujan sehingga aku ke kereta. Tanpa berfikir panjang, aku bersetuju.
Setelah itu, beberapa kali kami bertemu, texting setiap hari dan update aktiviti. Aku selesa dengannya. Walaupun jurang umur kami 15 tahun, tetapi beliau bersikap sangat matang. Aku telah memaklumkan usia aku pada kali kedua kami bertemu. Sehinggalah minggu ketiga bertemuan kami, aku merasa dia mula menjauh. Sudah tidak kerap kali text, tiada lagi phone call, dia lagi random meet up plan.
Instinct aku menyatakan dia bertemu kembali dengan ex yang masih ada dalam kisah hidupnya. Yang sukar untuk dia lupakan. First love katanya.
Dan akhirnya setelah genap 4 minggu kami berhubung, dia mengajak aku berjumpa empat mata. Pantai Bersih menjadi tempat pilihan kami. Pantai yang banyak menyimpan cerita suka duka kehidupan dan perjalanan jalan hidup aku di Pulau Pinang.
Penampilan beliau pada malam itu nampak sangat tidak terurus. Seperti manusia yang tidak cukup tidur atau sedang serabut memikirkan sesuatu. Dan akhirnya beliau meluahkan bahawa beliau ingin menamatkan semuanya. Alasan utama adalah jarak usia kami yang terlalu besar. 15 tahun..
Beliau masih belum stabil. Beliau juga berkata telah berbincang & bertanya pendapat ibunya dan ulasan keluarga nya tidak menyokong perhubungan ini. Jika usia adalah titik penentunya, tiada apa lagi yang perlu aku pertahankan kerana aku tidak mampu menginjak kembali usia aku ke masa muda. Katanya, pada mulanya beliau tidak percaya usia sebenar aku, kerana mungkin fizikal aku yang petite. Katanya aku cuma bergurau tentang usia sebenar.
Malam itu kami teruskan perbualan, menyingkap semua persoalan yang hendak kami tanyakan kerana aku pasti malam itu adalah malam terakhir aku bertemu dengannya. Beliau juga mengembalikan buku yang aku pinjamkan padanya. Kami mengucakpkan selamat tinggal dengan baik..
Terima kasih untuk minggu-minggu yang kita pernah bahagia..
Comments
Post a Comment