Aku masih di sini..

Hello chu ols,

Mola-mola tadi ingat nak tulih cerpen bagi hampa baca, tapi lepaih dengaq lagu XPDC ni teruih melayang semua idea aku nak tulih cerpen. Ada tajuk lain yang aku nak bincang ngan hampa. Mesti hampa pun dok google2 paihtu terjumpa entry ni kan? Awat? Ada masalah cinta ka? Putuih cinta? Cinta bertepuk sebelah tangan? Cinta orang ke tiga? Kalau hang baru umuq 16-17 tahun, sila p baca buku ka, tolong mak kat dapuq ka apa na. Hang tak tau pahit jerihnya bercinta tu teruk macam mana. Eceh, cakap macam la aku pengalaman 40 tahun dalam bidang kaunseling percintaan. Uhuks

Hampa yang beranak (dilahirkan. Sat g hampa tak paham pulak) tahun 80-90-an mesti kenai XPDC kan? Lagu ni hampa tau dak?

Lenaku dibuai Bayangan seribu bintang Kasih tertumpah dibingkai awan Demi kemilau sang mentari Yang tak bisa mengerti Biar ku titipkan Keperihan pelayaran Hingga terdaya ku melafazkan Salju sebening kasihku Kepada mu oh kekasih Ingin ku buktikan Keyakinan dalam diri Ku punya jiwa nan suci Untuk ku miliki Sepenuhnya nirwanaku Oh... pedihnya terpanah arjunamu Terbelenggu aku di dalam menunggu Bergelora rintihan asmaramu Di pelantar rindu yang menghempas Namun kerana tulusmu Masih mampu aku berdiri Demi naluri yang sama Kita masih di sini Demi naluri aku masih di sini

Tau dak? Kalau tak tau, sila p dengaq kat utube. Lagu lama, tapi ntah la. Bila part "Oo pedihnya..." tu, memang rasa pedih di hati macam dicarik-carik.Lepaih tu ditabuq garam kasaq atas luka yang dicarik (nak habaq kata pedih sangat tu, just in case hampa tak dapat nak bayangkan).

Hurm, tak tau nak tulis apa lagi sebenaq nya. Hampa pernah putuih cinta? berapa kali? Cinta monyet tak kira la woi. Sakit dak?  Macam mana hampa move on? Hampa rawat hati yang luka tu dengan apa? hydrogen peroxide? iodin? plaster of paris?

Tengah-tengah tulih ni ada kawan aku mai. Pastu sembang-sembang pasai lain sebenaqnya, tapi tak tau tiba-tiba macam mana dia bulih tanya aku "U tau ka apa purpose kawin? Kalau berlandaskan lust semata-mata, perkahwinan tu takkan kemana" Hapooo sangat statement dia.

Dah la, Nak move on dah. K bye

Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.