Hilang dalam ramai, dekat tapi jauh

Hi semua,  


Pernah tak hampa rasa macam lost ? sesat dalam kehidupan sendiri? 

Itulah yang aku sedang rasakan pada saat dan ketika ini. Rasa semua kekuatan yang aku kumpul untuk jadi wanita seteguh besi waja ini qhelai satu persatu lapisan dan makin menipis. 

Tak tau tang mana salahnya, tak dak perkara besaq atau perubahan negatif apa-apa yang berlaku, tapi aku rasa down. Fizikal aku ok, sihat tapi mentally aku rasa kurang stabil. 

Aku rasa aku penat uruskan semuanya sendiri. Aku penat jaga diri sendiri & aku penat berdikari. Pada masa yang sama, aku tak mau ada sebarang komitmen dengan perhubungan tapi aku sunyi. 

Aku rasa aku dah gila seketika. Tapi orang gila mana ada mengaku gila.. So secara amnya, aku belum gila sebab aku masih boleh mengaku gila. 

Aku perasan aku seperti seekoq biri-biri. Aku suka hidup ramai-ramai. Aku suka bersosial, jumpa orang, mingle around to feel charged. Yang peliknya, masa PKP tak pula aku rasa macam  ni teruk. Aku ok ja tak jumpa orang pun. Why now? 

Adakah selepas genap 2 tahun baru aku terasa bahangnya pandemik ni? atau sebelum-sebelum ni aku masih bertahan dengan talian hayat, dan talian itu dah habis digunakan untuk 2 tahun lepas.. 


#mental_health

#help_me


Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.