Cerpen : Sekadar Rumah Singgah
Cerpen ni aku tulis tahun 2015. Happy Reading u ols.
“Jangan kau ulang bertanya,
kau tahu jawapannya tetap sama”
Surat
arahan menghadiri kursus kucapai bersama sebelum bertolak dengan pemandu dari
pejabat. Perjalanan daripada Pulau Pinang ke Kuala Lumpur mengambil masa 5 jam
selepas dicampur tolak darab dan bahagi waktu berhenti rehat, kesesakan jalan
raya, waktu kecederaan dan lain-lain.
“Encik Hafiz tolong hantar saya terus ke
kawasan asrama lah ya, kawan saya dah tolong daftarkan tadi.”
Aku
mengeluarkan telefon berniat untuk
menghubungi Puan Rosnah iaitu ibu aku. Dia yang paling risau selagi aku tidak
sampai ke destinasi. Walaupun aku sudah berusia 26 tahun, dia masih menganggap
aku seperti anak kecil. Sambil memandang kearah beberapa biji beg yang aku
bawa, timbul rasa menyesal kerana tidak menyuruh Encik Hafiz tolong
mengangkatkan beg tadi. Beg baju, beg laptop, beg tangan. Amboi meriah. Tapi
aku memang begitu. Tidak boleh hidup kalau tidak cukup alat keperluan.
Sambil
menaip mesej, aku menarik bagasi, menggalas beg laptop di bahu dan memegang beg
tangan. Memang multi tasking dan gedebuk! Aku terlanggar seorang
manusia. Perhatian dan fokus adalah sangat penting semasa memandu dan berjalan.
Dilarang sama sekali membuat multi tasking. Peringatan daripada otak aku
yang dirasakan sudah sangat terlambat kerana aku sudah melabuhkan punggung di
atas lantai koridor. Sakit kot..
“Cik ok ke?” Manusia yang aku langgar telah
memulakan bicara.
“Ok
lah kot. Rasanya tak perlu masuk ward” Sambil tersengih aku cuba membuat
keadaan nampak lucu. Menutup perasaan malu sebenarnya. Adakah patut aku
terlanggar manusia sebesar itu?
Lelaki
tersebut lantas mengeluarkan telefon, menekan beberapa nombor dan terus
bercakap “Hello, saya perlukan ambulan kerana terdapat kemalangan di sini.
Seorang mangsa parah”.
“Siapa
manusia ini?” Cubaan membuat lawak yang aku tidak rasa pun di mana lawaknya.
Ayat itu hanya tersangkut di kerongkong sambil mata aku memandang tepat kearah
dia yang baru aku kenal 5 minit yang lalu. Dia hanya tersengih menampakkan
sebaris gigi putih yang tersusun. Bibirnya kemerahan. ‘Mungkin dia tidak
merokok’. Sempat aku menilik sambil bangun daripada lantai yang cukup selesa
itu.
“Sori
sangat-sangat sebab saya terlanggar awak tadi. Anyway, saya Fariz” Dia
menghulurkan tangan yang kubiar sepi tidak bersambut.
‘Well, I tak tanya pun’ Mahu saja aku membalas
begitu tapi aku cuma mendiamkan diri.
“Awak
boleh bercakap kan? Maksud saya awak tak bisu kan? Sebab baru tadi saya dengar
awak bercakap”. Dia masih cuba membuat ramah.
“Saya
Alia Medina”. Akhirnya aku sambut juga perkenal yang tidak disengajakan itu.
“Sedap
nama Cik Medina”.
“Panggil
saya Alia, semua orang panggil saya dengan nama tu”.
“Saya
bukan semua orang. Saya nak panggil awak Medina”. Dia buat muka degil. Kalau
orang utara, mereka akan cakap ‘ketegaq!’. Tak guna bertekak dengan orang yang
macam dia.
****************************
Seperti
biasa, aku paling suka bertemu Fariz di tepi pantai. Tempat di mana pertama
kali kami keluar berdua 3 bulan yang lalu. Tetapi malam ini riak muka Fariz seperti
ada yang mengganggu fikirin atau ada yang tak kena. Dia lebih banyak mendiamkan
diri. Aku pula seperti bertih jagung yang sedang meletup di dalam pressure
cooker.
Sambil berjalan di gigi air, ombak nakal
sesekali akan mengejar kami. Aku seperti anak kecil yang riang bermain air.
Seperti selalu, Fariz hanya akan tersenyum sambil memegang kasut yang aku
tanggalkan. Memandang laut yang yang terbentang luas tanpa penghujung amat
menyenangkan hati. Cuaca malam yang sejuk diselang-seli dengan desiran angin,
cukup mendamaikan.
“You
cakap ada benda nak bagitau I”. Aku cuba mengorek apa yang tertanam di lubuk
hati Fariz.
“Ya”.
Dia menjawab ringkas sambil memandang terus ke anak mata aku.
“Ok,
apa dia?. Bagi tahu lah sekarang. Takkan you nak tunggu I balik baru you nak
cakap”. Aku sengaja buat-buat merajuk.
“
You ni kan, kalau bercakap, asyik nak kenakan I ja. Yalah, I memang nak cakap,
sebab tu I ajak you keluar. Tapi jom kita duduk kat sana dulu. I tak nak cakap
masa you tengah berdiri, I takut you pengsan”. Ada tawa di hujung ayatnya.
“Amboi,
seriusnya. Takutlah I nak dengar kalau macam ni”. Sambil aku mengatur langkah
mengikuti Fariz ke tempat duduk yang ditunjukkan tadi.
Fariz
memerhatikan aku duduk dan dia mula bercerita.
“You
tahu kan I sayang you?. Walaupun kita baru kenal, tapi I rasa serasi sangat
bila I dengan you. I rasa senang. Sejuk hati I tiap-tiap kali I bersembang
dengan you. Rasa hilang semua masalah bila I nampak you senyum”.
“You
tahu tak, I ada kuasa ‘ais’. I boleh
sejukkan semua benda berdekatan I dan semua makhluk yang tengok I”. Sempat aku
mencelah dan hanya tersengih bila Fariz menyambut tangan aku dan mengisyaratkan
aku diam dan fokus pada apa yang ingin dia sampaikan.
“I
nak you tahu, walau apa pun yang jadi selepas ni, I akan selalu sayang you, I
takkan tinggalkan you”.
“I
tahu”. Penuh yakin aku menjawab. Seolah-olah aku yang mengarang jalan cerita
hidupku, sepertinya aku menulis takdirku sendiri.
Genggagam
tangan Fariz semakin kuat. Sepertinya ingin melepaskan beban yang teramat
berat.
“You,
kenapa ni?. Ada masalah di ofis?”. Aku kembali serius melihat keadaannya. Dia
hanya menggeleng. Keadaan sepi. Hanya desiran ombak yang memecahkan kesunyian.
Terdengar sayup-sayup suara kanak-kanak ketawa riang sambil menikmati BBQ bersama
keluarga. Sempat aku menjeling kearah keluarga tersebut.
“I
akan nikah minggu depan”. Sebaris ayat yang membuatkan aku rasa seperti
tertelan cicak. Kerongkong aku terasa kering dan kelat. Tiada kata-kata yang
dapat aku lahirkan pada saat itu. Semua kosa kata seperti sudah terpadam dari
kotak ingatan aku.
“I
dah bertunang masa I jumpa you tiga bulan lepas.Keluarga I yang aturkan
pertunangan kami. I tak kenal pun tunang I. I sayangkan you Medina".
Cepat
aku menarik tangan daripada genggagam Fariz. Kalau aku boleh bertinju, saat itu
juga akan aku patahkan leher Fariz. Aku mengetap bibir menahan marah, sedih,
keciwa, rasa tertipu, semua perasaan bercampur baur seperti ais kacang yang
bercampur serba serbi kacang, cincau dan cendol.
"Bila
majlisnya?". Itu pula yang keluar dari mulut aku.
"Sabtu
minggu depan".
"I
nak balik". Aku mencapai kasut dan mula mengatur langkah. Fariz hanya
membatu seperti telah disumpah menjadi tanggang. Sempat aku menoleh.
"Selamat pengantin baru Encik Fariz. I ingat i dah kenal you, rupanya I
silap. I langsung tak kenal siapa lelaki kat depan I sekarang".
"Medina,
kita boleh berbincang". Bincang? Dia ingat ini tawaran tender yang boleh
dibawa berbincang. Ini soal maruah dua buah keluarga dan masa depan seorang
wanita yang aku kira langsung tidak tahu menahu tentang permainan tunangnya
ini. 'Cukuplah penipuan untuk tiga bulan ini Fariz'.
Cepat
sungguh Fariz menanam benih-benih cinta dalam hati aku, disiram dan dibaja
hingga bunga-bunga cinta mekar hanya dalam tempoh tiga bulan. Rupanya Fariz ada
agenda yang aku sendiri tak mengerti. Andai aku tahu..
Nasib
aku baik kerana menolak cadangan Fariz untuk menjemput aku di rumah. Aku
berkeras untuk memandu sendiri. Kalau tidak, mesti kekok untuk menyuruh Fariz
menghantar aku pulang. Aku lebih rela berjalan kaki. 'Gulp, jauh juga kalau nak
jalan kaki'.
Sambil
menekan pedal minyak, air mata aku gugur jua. Aku ingat aku kuat. Aku tidak
perlu membazir air mata untuk seorang penipu seperti Fariz. Tetapi ternyata aku
hanya wanita biasa. Hatiku serapuh keropok ikan.
***********************************
"Jadi, macam mana sayang?. Pihak
sebelah sana dah berkenan sangat dengan anak mak. Sayang rasa macam
mana?". Puan Rosnah memulakan bicara setelah rombongan merisik berlalu
membawa diri, meninggalkan hajat yang besar untuk aku fikirkan.
"Bagi masa cik fikir dulu mak".
Aku paling tak suka untuk membuat keputusan dalam hal-hal begini.
"Sayang fikir elok-elok. Mak akan
setuju dengan keputusan sayang. Mak nak sayang tahu, mak nak yang terbaik untuk
anak mak". Puan Rosnah bangun meninggalkan aku yang duduk membatu di atas
sofa. Beria-ria benar mak suruh aku pulang ke kampung hujung minggu itu.
Rupa-rupanya...
Trending
di facebook semakin berubah. Daripada
alam universiti, zaman konvo, kemudian
masing-masing mendapat pekerjaan. Alhamdulillah, aku juga mengharungi semuanya
seperti orang lain. Kemudian, status pertunangan, perkahwinan, hingga sekrang wall aku kebanyakkan dipenuhi gambar
anak-anak kecil yang comel. Ada kawan-kawan yang sudah beranak dua. Tapi aku
masih sendiri. Bukan aku tidak pernah memikirkan untuk berdua. Cuma keadaan
masih belum memihak. Fariz sendiri sudah memiliki seorang anak lelaki.
“I takkan lupakan you?”. Terngiang-ngiang
ayat tersebut. Ayat yang dijanjikan dua tahun yang lalu. Tapi setelah enam
bulan berkahwin, aku mendapat khabar daripada rakan-rakan yang isterinya sudah
berbadan dua. “ Yea right. Takkan
lupakan lah sangat”.
Saat-saat begini, aku perlukan nasihat
daripada tuan penasihat 25% yang selalu memberi nasihat walau apa jua masalah.
Amalina Yahya. Sudah 10 tahun aku mengenali wanita ini. Terus aku mendail
nombornya. Mengatur pertemuan di kafe terdekat.
“Mina, aku dirisik lagi”. Aku memulakan
bicara. Belum sempat dia membetulkan duduk di kerusi kafe.
“Ok, then
apa masalahnya?”.
“Aku tak ada spark pun dengan mamat tu?”.
“Alia, balik-balik kau cakap pasal spark. Maksudnya apa? Apa yang kau nak
sebenarnya?” Dia seolah-olah pakar motivasi yang memulakan sesi kaunseling.
“Spark tu macam bunga api, tapi dalam hati
aku. Macam terdetik perasaan cinta macam tu. Kau tahu kan ayat aku, aku boleh
kawin dengan orang yang aku tak kenal tapi at least biarlah ada sikit spark. Cukuplah walau sekelumit pun.
Kalau ada, aku guarantee akan cakap
ya”.
“Habis,
kali ni pun kau nak cakap tak?”. Mina seperti sudah membaca hati aku.
“Hurm…..”.
“Kau
balik pada yang satu. Tanya pada Dia, apa yang terbaik untuk kau. Kau nak kawin
ke tak sebenarnya?”. Serius dia bertanya.
“Gila
kau, aku nak la. Tapi aku macam tak ready
lagi dan aku belum jumpa the right one.
The left one pun aku tak jumpa lagi.
Kau tahu aku dah ada karier yang stabil, aku boleh sara diri dan mak aku. I’m happy with my life. Yalah,
kadang-kadang aku terasa lah juga sunyi. Tapi sikit ja”. Aku menerangkan
panjang lebar.
“Alia,
masuk kali ni, dah empat kali kau tolak pinangan”. Mina seperti cuba mengajar
aku mengira. Aku tahu kira lah.
“So?”.
Aku buat-buat tidak faham.
“Aku
rasa kau ada masalah”. Dia membuat konklusi tersendiri.
“What? Masalah apa?”
“Fear of commitment”. Lancar dia
berkata-kata.
“Excuse me?”. Siapa-siapa pun tak akan
mengaku dia ada masalah. Termasuklah aku.
“Kau
takut dengan komitmen. Kau takut kau tak boleh jadi isteri yang baik. Kau takut
untuk jadi ibu. Lagi kau takut kalau kau terpaksa tanggung semuanya sendiri.
Macam kau selalu cakap ‘aku tak nak galas biawak hidup’. Betul tak apa yang aku
cakap?”.
“Ok,
sikit lah. Tapi kau tahu kenapa aku takut?. Aku takut sebab aku belum jumpa
orang yang dapat curi hati aku”. Aku mula berfalsafah.
“Mina,
aku tak nak kawin just because
kebanyakkan kawan-kawan aku dah kawin, aku tak nak kawin sebab aku nak zuriat
semata-mata, aku tak nak kawin sebab ada orang paksa aku kawin, tapi aku akan
kawin bila aku jumpa orang yang aku nak hidup bersama sampai bila-bila, kalau
boleh sampai aku mati”. Aku menyambung sebelum sempat Mina mencelah.
“You have made up your mind kan? Memang
dari awal kau nak reject proposal
tu?”.
“Ya”.
Aku menjawab singkat.
“Buang
masa aku betul lah minah ni. Ajak keluar konon-konon nak minta nasihat”. Dia
buat muka tak puas hati.
“Alah,
I just need someone to talk to. Kau
kan BFF aku”.
***************************************
Fariz
manusia pertama yang membuka pintu hati aku, aku sangka aku akan menghabiskan
masa-masa tua kami bersama. Tapi semuanya terhenti di saat dia memilih untuk
setia dengan tunangnya. Aku meneruskan hidup. Aku bahagia dengan apa yang aku
ada. Jodoh, urusan tuhan. Tapi tidak bermakna kita harus menunggu jodoh dari
langit, tak juga bermaksud kita perlu memperbodohkan diri sendiri, menjatuhkan
maruah seorang wanita hanya untuk mengejar jodoh.
Biarlah
makcik-makcik kepochi di
majlis-majlis resepsi terus-terusan bertanya “Awak tu bila lagi?, usia makin
meningkat”.Jawapan aku hanya satu “Insyaallah bulan 12, tahun ja tak tahu
lagi”.
“Kau
memilih sangat ni”. Satu lagi label yang akan dicop sebaik saja usia makin
meningkat tapi belum bertemu jodoh.
“Makcik,
beli ikan pun kena pilih, ini kan pula nak pilih suami. Kalau boleh saya nak
kawin sekali saja seumur hidup. Maklumlah, kes cerai sekarang ni, makin meningkat.
Pening kepala hakim mahkamah syariah nak tutup kes”. Kalau lah boleh aku
menjawab begini sahaja.
Siapa
yang tidak mahu disayangi, siapa yang nak habiskan masa-masa tua berseorangan,
siapa yang tak mahu kahwin. Tiada siapa. Semua wanita punyai impian membina
masjid. Tapi andaikan tertulis di lohmahfuz perjalanan dan pengakhirannya
adalah berseorangan, cubalah hidup dan bersyukur dengan apa adanya. Tidak perlu
status-status meroyan di laman sosial, hormatilah diri anda sebagai wanita.
Sesungguhnya, tidak ada sedikit pun cela dalam penciptaanmu. Tapi terserah
kepada kamu untuk melakarkan perjalananmu dalam dunia yang singkat ini.
Suamiku
di mana? Hanya Dia yang punyai jawapannya. Jadi usahlah kau terus bertanya, kau
tahu jawapannya masih sama.
-Tamat-
Comments
Post a Comment