Perjalanan dari Pulau Pinang ke Australia
Hi,
Sebenarnya work trip ni bulan September 2022, tapi biasalah penulisnya bz mengalahkan Perdana Menteri, tak sempat nak share. Awal-awal tahun ni, macam ada masa sikit. So, let see apa yang I boleh share with u ols, my dearie readers.
So, as mention before ini adalah work trip ya. Posting ni akan sangatlah panjang sebab I memang banyak bergerak from one city to another masa di Australia tu. Tempoh I stay sana adalah 2 minggu.
Al kisah, nak mula dari mana eh?
Passport : Memang sedia ada
Flight : I don't know how much the price was, segalanya diuruskan oleh urusetia. Termasuk flight p balik and flight untuk bergerak within Aussie.
Visa
Ni memang hazab betoi. Kebetulannya seminggu sebelum bertolak, aku kena Covid. agak teruk jugak la, kahak melimpah limpah dari paru-paru.. Nak cancel trip, urusetia tak benarkan sebab last minute katanya. Urusetia ni pun! Dah Covid nak kena waktu tu, apa boleh buat. Dua hari lepas quarantine, aku fly. So aku uruskan visa masa tengah quarantine tu.
Permohonan visa melalui online & segala cekadak kena upload ke situ. Sebenarnya visa ke Australia adalah amat susah nak dapat, tapi sebab aku p atas urusan kerja, approval within a day or two. So, just download Apps Australian ETA, visa elektronik.
Nota Penting :
Nak masuk barang makanan ke Australia adalah sangat susah terutama macam bijian, sumber protein sebab depa nak jaga industri depa yang besar & tak nak tourist introduce penyakit ke dalam negara depa. So, I memang tak bawa apa-apa makanan kecuali Rooibos Tea & Nestum saja dalam bag pack. Tu pun I memang dah declare awal-awal. Nak avoid any hassle sebab nak catch connecting flight.
Perjalanan bermula, Ringkasnya begini ya :
Tarikh |
Lokasi |
Transport |
Masa Perjalanan |
Accommodation |
Sidenote |
16 Sept |
Penang - Sepang |
Firefly |
1 jam plus2
saja |
|
|
17 Sept |
KLIA-Sydney |
MAS |
8 jam |
|
Arrived 18 Sept
10.00 pagi, bergegas untuk connecting flight 12.00 tgh hari |
18 Sept |
Sydney -
Canberra |
QANTAS |
|
QT Hotel |
|
19 Sept |
Canberra
-Cranbourne |
QANTAS LINK |
1 jam setengah |
The Terrace at
the Settlement, Cranbourne |
|
20 Sept |
Cranbourne-
Docklands |
Kereta |
1 jam |
Travelodge Hotel |
|
21 Sept |
Docklands –
Melbourne City |
Kereta |
|
Best Western
Melbourne City |
3 hari off day weekend
& cuti umum. |
22-24 Sept |
Melbourne City |
Tram, Jalan Kaki, Uber |
|
||
25 Sept |
Melbourne
City-Geelong |
Kereta |
|
R Hotel |
|
26 Sept |
Geelong |
Kereta |
|
R Hotel |
|
27 Sept |
Geelong - Warrnambool |
Kereta |
|
Elm Tree Motel |
|
28 Sept |
Warrnambool-Stawell
-Ararat |
Kereta |
|
Ararat Southern
Cross Motor Inn |
|
29 Sept |
Ararat -Melbourne City - Canberra |
QANTAS LINK |
|
QT Hotel |
Ararat ke
Melbourne by kereta |
1 Okt |
Canberra
-Sydney |
QANTAS |
|
Check Out |
|
1 Okt |
Sydney-KLIA |
|
9 jam |
|
|
2 Okt |
KLIA - Penang |
Kereta |
|
|
aku minta
kereta ofis ambil dari KLIA, sesungguhnya aku rasa nak muntah dah naik
flight |
Tempat-tempat yang warna biru ni sebenarnya dalam Victoria State, sebab tu boleh travel by car.
Ok, kita cerita pasal flight dulu lah ya, MAS & QANTAS adalah flight besar, so tak da la rasa goyang sangat, tapi QANTAS Link adalah flight kecil yang hubungkan inter city, aku rasa flight dia lagi kecik dari AirAsia flight, jenis flight yang kipas tak ada penutup tu. Yang ni memang rasa diawang awang betoi.
Di Sydney Airport, tak sesat. Siap boleh p cari surau semua. Sampai di KLIA waktu subuh tu, sesat. Tak jumpa surau. Haha.
Cuaca
Hurm, tulah nyah tak habis study pasai cuaca sebelum p. Masa I tengok online, bulan September adalah musim bunga, jadi suhu tak sejuk sangat, dalam 20 darjah C. So, I pun santai-santai lah sayangku, bawa lah beberapa helai knitwear & 1 helai sweater tebal (ni pun standby saja). Memang tak bawa heattech ka apa (confident itu penting). Bila jejak kaki di Sydney, suhu sebenarnya belas-belas degree sahaja. Ke Canberra, sangat windy jadi bertambah lah sejuknya, cuma 13 darjah C di tengah-tengah hari. Aku pakai knitwear then layer dengan sweater lagi. Bila ke Victoria State, sebenarnya makin sejuk, kurang dari 13 darjah C. Suhu paling sejuk adalah di Ararat, 8 darjah C. Huk.. Malam boleh turun sampai 3 darjah C.
Kata orang-orang sana, tahun tersebut lambat habis musim sejuk, dia windy & hujan renyai-renyai. Tapi dah start musim bunga juga. I macam bernasib baik la kiranya, boleh dua musim : sejuk & bunga. Boleh main salji di Mount Buller.
Makan
I miss nasik so much. Benda pertama yang dicari bila jejak kaki di KLIA adalah nasik lemak.
Actually senang access untuk makanan halal, di mana pun ada kedai Kebab. First few days, muka I ols pun dah macam Kebab. Kebab depa besaq, boleh makan 3 kali, tak habis lagi weh. Nasik bukan makanan ruji komuniti Islam di sana, jadi susah nak jumpa.
Pasaraya dia pun ada jual halal meat, tapi sebab tengok lah perjalanan pindah randah hotel tu, celah mana nya nak masak.
Susu, buah dan jus very fresh. Ni antara yang I tak dapat di Malaysia.
All in all, I boleh cakap, makan sangat mudah, walaupun I tak bawa sebarang makanan dari Malaysia. So, no worries.
Minum
I kan post Covid, memang ada batuk-batuk tak selesa tekak. I bawa thermos 600ml, sangatlah membantu. Dengan cuaca sejuk, selalu I bawa bekal air suam or Rooibos Tea memang selesa masa travel.
Air mineral mencekik betul harganya, sebab depa direct access to tab water. boleh terus minum ja.
Apa lagi nak tau? hurm...
Currency
Alamak... tak hingat la. Macam ringgit and Singapore dollar kot. 1 AUD plus minus 3 ringgit. Memang dah tukar siap-siap di Malaysia. Tapi, no worries jugak, even di market pun boleh pakai card.
Koala & Kangaroo??
Nasib sekali lagi menyebelahi I ols, bilamana I ols ada seorang kawan sekampung yang menetap di Victoria State. Masa off day yang 3 hari tu, dia mai dari Shepparton ke Melbourne City (2 jam driving) semata-mata nak bawa I ols jalan-jalan, makan & jumpa koala & kanggaroo. Thanks Zaquan, dah la bawa jalan-jalan, pastu blanja makan lagi.. Semoga murah rezki hang.
I ols list saja lah tempat-tempat yang I ols sempat melawat dengan Zaquan ;
1. Pondok Rempah (merap sebab lama tak jumpa nasik)
2. Victoria Market (wajib la untuk beli souvenir)
3. St. Kilda Pier (Pantai)
4. Luna Park (Taman Tema)
5. Maru Koala and Animal Park (boleh bagi makan kanggaroo)
6. Turkish Islamic & Cultural Centre (Masjid)
7. Paparich (Dinner)
Shopping
Me & kawan setugas ambil uber, then p shopping kat DFO. Ala-ala macam Mitsui, Design Village tulah. Ada berkenan dengan satu Fossil handbag, kalau compare lebih kurang RM 600 duit Malaysia. Tapi masa tu tak beli, dah balik, teringatttttt pulak. benci lah macam ni. Haha
Tempat-tempat lain yang sempat p :
1. Nasi Ayam Penyet somewhere in Melbourne
2. Kilang coklat di Yarra Valley
3. Floria di Canberra . Penuh bunga tulip and sangat cantik.
4. Thunder Point, Warrnambool
View:
Comments
Post a Comment