Kenangan masa lalu & masa depan yang masih misteri

18 Januari 2024. 

Hari lahir Amir. Dan semenjak mendapat perkabaran dari beliau yang beliau telah bertunang, aku tidak lagi menghubunginya. Ada ketika aku akan membuka DP WS sekadar mengubat rindu pada seseorang yang pernah singgah di hati kecil ini. Aku gagahkan diri agar tidak sesekali menghubungi beliau. Ada aku ke Kota Bharu pada Mei yang lalu, tetapi tetap aku tidak menghubungi beliau. Cukuplah..

Julai 2024. 
Aku perlu berkhursus di Beijing selama seminggu. Teringat tahun lepas. Amir juga pernah ke China untuk berkursus. Putaran ingatan aku kembali kepada beliau. Akhirnya aku tewas dengan diri sendiri. Aku menghubungi beliau menanyakan how to survive di sana kerana WS, google, telegram memang tak dapat akses di China. Beliau ada memberikan maklumat & membantu serba sedikit. 

29 Julai 2024
Hari aku tiba di Beijing, ada beliau bertanyakan khabar & mengatakan untuk aku jaga diri di sana. Aku semakin tewas. Dia ada bercanda untuk membelikan ole-ole dari Beijing untuk nya. 

2 Ogos 2024
Aku berpeluang untuk berjalan-jalan & shopping di sekitar Beijing. Aku teringat janji aku pada Amir lalu memutuskan untuk membelikan sehelai T-shirt putih dengan lukisan latar belakang Beijing berwarna hitam. Aku teringat kali pertama kami keluar bersama, beliau ada membeli sehelai t-shirt putih. Aku masih teringat acap kali keluar, bajunya sama ada putih atau hitam. 

Amir, I masih ingat banyak benda pasal u. Susah I nak lupakan memori sepanjang 2 tahun kita kenal. 

Cuma, aku tak tahu saiz baju Amir. Dulu mungkin M. Mungkin sekarang telah berubah. Aku tidak tahu..

4 Ogos 2024. 

Aku kembali ke Pulau Pinang. Telah aku berikan ole-ole pada keluarga & kawan-kawan yang lain. Cuma satu yang masih tersimpan di dalam paperbag. Ya, untuk Amir. Aku tak tahu bagaimana untuk menghantar ole-ole tersebut. Masihkah beliau mahu menemuiku? atau aku tinggalkan saja pada pondok guard di rumah beliau? Lama aku berfikir.

20 Ogos 2024

Setelah lebih 2 minggu, aku akhirnya menghubungi beliau. Menyatakan hasrat untuk berjumpa, tetapi sekiranya beliau tak mahu, aku akan sangat memahami. Tapi sebaliknya, beliau bersetuju untuk kami berjumpa. 

21 Ogos 2024

Satu tengah hari, Nash bistro. Beliau telah menunggu di satu sudut restaurant. Wajah yang aku rindu, hari ini berada di depan aku sekali lagi. Aku masih gugup, menggeletar jari-jemari ini yang aku cuba sembunyikan. 

Selesai membuat pesanan, banyak yang kami sembangkan. Masa-masa lalu dan perkhabaran yang sedikit menyentak hati kecil ini. Company yang beliau sedang bekerja, akan ditutup dalam masa terdekat. Beliau dalam senarai yang mungkin akan ditugaskan ke USA atau Afrika atau Vietnam. Masih belum pasti..

Kami ada menyatakan, kami di sini hanya sekadar mencari makan. Tidak pasti kemana pula kami selepas ini. Itulah fakta nya . Fakta yang membuat aku berdamai dengan takdir. 

Pertemuan kami di awal tahun 2022, ada hikmah yang Allah sahaja yang tahu kenapa. 

Masa depan kami, belum pasti, masih kekal misteri dan hanya Allah jualah yang maha mengetahui. 

Saya akan selalu doakan yang baik-baik buat awak Amir. Terima kasih kerana telah menjadi sangat matang, dapat makan bersama semeja. Terima kasih juga untuk makan tengah hari tadi.. 


Sekian, 


Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.