Kelas Make Up - School of Make Up by Siti Nurfarahain

Hai hampa semua,

Hampa teringin nak join kelaih make up dak? Kami teringin sebab kami dok nampak orang buat tutorial make up kat FB, tudiaaa muka masing-masing peloles na. Hehe
So, kami terjumpa satu page ni - School of Make up by Siti Nurfarahain. Tengok-tengok alamat dekat ja studio beliau u ols. Kat Jalan Baru, Alor Setaq and dia ada buat kelaih MAKE UP!!!!
I'm sooo excited to go. (Cewah, kalau heksaited memang kena speaking ka ?)

Jadi, ni plan dia, whatapp nombor yang tertera di page beliau and cakap nak join kelaih sekian-sekian tarikh dan tempat mana. Sebab di page tu ada tulis tarikh-tarikh dan tempat kelas akan diadakan. Kalau kami tak silap, kelaih dia serata-rata melesia kot. Tapi kalau hang orang aloq staq hang untung sebab yuran palingg murah. Alasan beliau adalah kerana beliau tak gaduh nak sewa venue. Dia buat di studio dia saja. Kalau kat tempat lain, hampa akan di cas termasuk lah sewa tempat, transportation dan lain-lain. So, make it short, kelas di Aloq Staq hanya RM 150 sahaja. Kalau di tempat lain maybe 200-250-300 camtu lah. (Kalau hampa minat, p ushar sendiri di page, kami tak berapa ingat harga di tenpat-tempat lain)

Nombor tersebut akan reply jika ada kekosongan atau tidak. dah confirm tempat dan tarikh, hampa kena bank in deposit (RM 50). The rest bayaq masa hampa attend kelas.
Kami dengan gigih teruih ajak jiran kami p kelaih make up wei. #Pulun
dan dia pun setuju melayan kan saja perangai jirannya ini.. KIKIKi

Beberapa hari sebelum  kelaih, nombot tu kan whatapps hang lagi sekali untuk bagi tau hampa kena pakai tudung warna apa. Sebab dia nak bagi nampak seragam kot. Baju tak kesah warna apa. Kami kena warna baby blue.. Baby Shark dooo dooo dooo dooo..
Tak payah bawak apa-apa pun. Semua disediakan. Hampa lenggang kangkung sajah na.

So, the day have come. TAkzabar nya wei. Tentatifnya, kelas dari pukul 2 sampai 6.30.
Makan petang disediakan. Masa kami p tu, dia bagi makan bihun goreng. Tapi ramai x kesah pun pasai makanan sebab masing-masing dok kalut make up.

Masuk-masuk studio, keliling tu ada kerusi mengadap cermin panjang. so, semua peserta dok la mengadap cermin. Semua orang dapat beruih make up sorang satu set, celak lukih kening & beruih kening dengan span nyet-nyet tiga sagi. (hat ni hampa bulih bawak balik). Barang-barang make up ada dalam kotak , hat ni hampa x bulih bawak balik. Jangan gatai tangan na.

Lepas semua dah penuh, cikgu pun masuk dalam studio. Segak na cikgu. Tinggi. Make up tok sah kira la, dah nama pun cikgu make up. Nampak natural sweet ja make dia. Mola-mola dia akan tunjuk demo dulu kat hampa. Nak ingtkan, kelas ni memang untuk manusia yang x pernah pegang beruih make-up pun. Pendek kata "Make up for dummies". 

Secara teori, ni step-step nak make up..

1.  pakai moisturizer, primer, foundation, bedak loose/compact
2. cara lukis kenin, macam mana nak ukuq, macam mana nak padam, nak sembunyi kening tebai, nak lukih bagi nampak natural
3. eyeshadow, eyeliner, bulu mata palesu, mascara
4. Shading hidung, tepi-tepi muka
5. Blusher
6. highlight
7. lipsetik
8. Setting spray
Pastu weeeee segak..

Pastu, dia bagi make up remover, hampa buang semua make up yang hampa pakai tadi, tinggai bare face #horror. La ni giliran hampa la pulak make up kan diri hampa seniri. Part moisturizer, primer, blend faoundation tu ok lagi, Masuk part lukih kenin....kuang-kuang-kuang, tengok orang buat senang la. sekali buat sendiri kening jadi shinchan wei. Haha xtau pasaipa lukih jadi besaq.. Pastu cikgu akan round an ajaq hampa sorang sorang macam mn nak perbetoi apa yg hampa luih tu.

Tak mau la tulih panjang-panjang. Tapi kami balik rumah after make up, mak kami kata amboi hidung dia mancung na (efek contour & shading wei!) haha.

Kalau sehari-hari, kami tak suggest la hampa make up full contour shading highlight bagai. Kalau selalu sangat make up, bila tak make up muka akan nampak pucat lesi.. Jangan sampai orang tak kenai hampa kalau tak Make Up.. hehe


Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.