Perjalanan Pulau Pinang ke Cebu, Filipina

Hi internet, 

Masa-masa Covid ni hanya boleh throwback saja perjalanan ke Over the Sea. Sis ada masa sikit so sis nak share pengalaman ke Cebu, Filipina. 

It's all started when (speaking plak dah  >.<) sis dapat tawaran untuk program singkat 5 hari di Cebu, Filipina pada Oktober 2018 (gila lama punya cerita, tapi nak share jugak!). So, ni perjalanan kerja la. Bukan sis suka-suka hati p berjalan-jalan. Personally, sis tak suka sangat travel. Renyah tau dak.. nak pack baju, nak fikir perjalanan, cuaca kat sana belum tau lagi macam mana, nak makan apa.. urghh. Untuk orang yang suka plan everythingggg I find it quite a lot of work to do. Tambah lagi kulit muka sis sensitive tahap cipan, silap sikit terus breakout.

So, straight to the main topic. Tiket kapal terbang semuanya diuruskan oleh urusetia. Sis cuma perlu bagi  details dan maklum International Airport yang terdekat and taraaa dah dapat tiket pergi & pulang. Harga tiket dalam Yen sebab urusetia dari sana. Total p balik 179,860 yen kalau ikut rate la ni lebih kurang RM 7000.00. Kalau sis kan, memang tak la nak perabis 7k untuk tiket kapai teqebang saja..

Perjalanan p adalah dari Penang International Airport ke Changi International Airport, Silkair M1345. Then Changi ke Cebu, Silkair M1562. Transit kat Cangi tu sangat sat, sis hanya bergegas mencari terminal perlepasan sahaja. Dari Penang p Singapore ok la lagi, ada orang cakap yang hang boleh paham. Sampai kat terminal nak ke Cebu, lalaala rasa macam tengok drama Filipina dah.. BTW flight yang aku naik ni dia p dua tempat, Cebu & Davao. Sampai kat Mactan International Airport dalam pukui 4.40 petang. Orang yang nak ke Davao ada laluan khas lain, maybe depa tukaq flight. Yang ni sis tak tau. 

Airport Mactan tu ok la, airport baru. Tak besaq sangat. Macam Airport Penang kot. Lebih kurang macam tu la. Sampai kat imigresen besa la dia tanya dok mana, mai buat apa, nak balik bila (wei, aku pun tak mau la lama-lama di sana.. haha). Pastu imigresen tanya, mana nak beli coklat murah kalau p Malaysia? Dia pernah mai KL. Aku habaq la, p Langkawi. Duty Free Island. tu dan lagi promote.. haha

Urusetia dah urus transport. Kami naik apa eh? Van kalau tak silap aku. Ada la orang juai simkad kat airport, tapi aku tak beli pun. Duit aku dah tukar ke Peso siap-siap masa di Malaysia lagi.Sana cepat gelap, pukui 5.30 petang macam tu dah masuk Maghrib. Ok, ni pendapat peribadi dari apa yang aku nampak sepanjang aku ada sana la, mungkin tak sama dengan hampa.

First impression aku, populasi depa ramai, agak crowded la bagi aku.Tepi-tepi jalan pun depa dok melepak bersembang.. Kat bus station, tak yah cakap la penuh orang tunggu jeepney. Jeepney ni selagi celuih, depa naik ja. Bahagian belakang terbuka. Kebanyakkan Pinoy (orang Filipina) boleh cakap English. So, komunikasi senang la. Depa majoriti Catholic. Hang p mana-mana mesti akan jumpa gambaq Jesus, Mary or cross yang ada bulat di tepi tu. Aku tak jumpa orang Islam sepanjang aku dok sana. Aku kata aku Muslim,  depa tak tau agama apa tu. 

Ni jeepney. Kat melesia tak dak. Kalau kat Indonesia depa panggil 'Angkut'. Lebih kurang ni la rupanya. Open tak dak pintu. 

Aku dok mana? Costabella Tropical Beach Hotel, Buyong Mactan Island, Cebu. Bilik luas, dok sorang.. Hotel tepi pantai, ala-ala dalam hutan macam tu la. Masa sampai hotel, ada mat saleh dok kata 'ada malaria dak disini'. Aku sengap jalah..hehe


Ni gambaq dari depan. Straight tu lobi dia. Belah kanan dining area, belakang tu pantai. Ok la cantik, bilik bersih, aku suka. Cumanyaa lantai aku rasa melekit sikit. Sebab depa pakai kasut dalam rumah. 


Bilik aku lebih kurang camni, tapi katil king size. Siap ada meja & kerusi sisi, tepi tu balkoni. 

Makanan? well well well, separuh daripada luggage aku adalah makanan ya kawan-kawan. Sebab urusetia dah habaq hotel ni tak leh provide halal food, aku request vegetarian food. Tapi tak harap la kat depa. Aku bawa megi & brahim's, syarifah, canned food,roti gardenia, milo pun bawakk wei. Subuh awai, dalam 4 pagi lebih-lebih dah masuk. So, aku akan mangkit, subuh, take my own sweet time, sarapan then baru p kerja. Lambat juga depa start kerja, dalam 8 ka 9 aku tak ingat dah. Aku tak tau depa serve apa kat restoren sebab aku tak pernah p. Lunch pun aku akan balik bilik & makan bekai dari Malaysia. Coffee break ada depa buat special bread untuk aku. Letak cheese, sayuq2 camtu. Depa macam tak berapa faham yang vegetarian boleh makan telur. Ada sekali tu dinner, depa serve sup labu untuk aku. Dalam tu ada sayuq macam kacang panjang, kuah dia ada santan. Ala-ala pengat kita la, tapi tak manis. Depa punya makanan agak less taste. Macam ala-ala mat saleh camtu. Ada sorang kawan aku orang Filipina ni, dia kata makanan Malaysia have a strong taste. Aku pulak rasa makanan depa dull..haha

Satu hari tu depa buat closing dinner, tepi pantai aku pun p la sebab menghormati jemputan. Sekali tudiaaa depa serve b*bi golek..kat Cebu, ni adalah special menu depa. Depa serve bufet, so, aku makan nasi, pastu potato, sayuq campuq (aku tanya chef, ada alcohol tak dalam makanan? dia tanya kenapa? aku allergic to alcohol ka? aku iyakan jalah.. haha). Yang dari Mongolia dok tanya 'why you don't like meat?'.. Lahai, pandai-pandai ja cakap aku tak suka daging. 

Ada satu petang, sebelum kami semua balik ke negara masing-masing, urusetia kata nak bawa kami jalan-jalan. Serious pack la jadual sampai pantai belakang hotel tu pun aku tak dan nak p. Masa pagi gelap, bila habis kerja pun gelap..takut la aku nak p sorang-sorang. Kami semua naik van ke pekan & ada tempat depa nak bawa melawat, sebab hotel yang kami duduk tu agak jauh dari pekan. Ya ampun, trafik dia teruk sungguh. Aku tak ingat berapa jam aku dok dalam van tu. Tapi serius rasa nak muntah sebab lama sangat jem. 

Akhirnya kami sampai..depa bawa p melawat tinggalan sejarah yang famous kat sana: Magellan's Cross. Ada cross besaq kat situ, pastu tepi tu ada gereja (kalau tak silap gereja paling tua di Filipina). Aku jalan-jalan kat luar dengan sorang lagi kawan dari Nepal. Aku tak tau pasaipa dia pun tak masuk dalam gereja. Sembang-sembang, at least orang Nepal ni familiar dengan Islam. Dulu roomate dia Islam, dia kata tiap-tiap hari Jumaat kawan dia akan p solat di masjid & kadang-kadang sedekah pisang.. 

Lepas tu depa bawa kami p SM Mall. Depa kata SM ni ada banyakkk cawangan mall di seantero Filipina. Mall standard la, sama ja macam kat Malaysia. Ada kedai-kedai baju, accessories, souvenir, barang-barang dapur, kedai makan: McD, KFC, makanan korea, francais makanan USA, and fast food paling famous kat sana adalahhhh Jollibee. Jangan tanya la apa rasanya..Awat tak buka francais kat Malaysia tak tau la. Teringin juga nak rasa.

                                 Mascot dia lebah merah..

Di mall ni aku beli T-shirt ja kot as souvenir untuk kawan & sepupu. Yang lain-lain macam tak berkenan di hati. Aku dah beli juga dried mango & fridge magnet untuk kawan pejabat (mangga pun signature Filipina), pastu alas periuk yang buat daripada cengkerang siput. Urghh dak dak gambaq, tapi murah gila wei. Handmade pulak tu. Aku beli as souvenir untuk mak & makcik-makcik aku. 

Dried mango cap 7D kat Jusco pun dah ada jual sekarang. Sebungkus kecik tu kalau tak silap aku Rm 14 ringgit kot. Kat lazada pun ada. Sebungkus 100g RM 38 ringgit. Aku suka, sedap. 


Hat ni sedap.......


Untuk komunikasi, since aku tak beli simcard, aku tak buat roaming, aku just guna wifi hotel and video call orang kat Malaysia. Senang nak keep in touch. 

Perjalanan balik : aku rasa panjang sangat. Aku habis kerja dalam pukui 6 pm, pastu terus ke Mactan Airport. 8.20 pm departure. Dalam banyak-banyak airport aku p, di airport ni kena buka kasut, and kasut pun depa scan. So, berjalanlah hang melintasi kastam dengan kaki ayam sebab kasut hang lalu bawah mesin scanner tu. Dari Cebu ke Hong Kong sampai di Hong Kong 11.05 pm (masa ni aku ngantuk gila wei, seb baik aku tak terlena & terlepas flight) then Hong Kong (1.45 am) ke Cangi (5.30 am), Cangi (8.05) ke Penang International Airport (9.30 am, 6 haribulan). 

Aku balik dari Cebu ke Cangi, naik Cathay Pacific. Flight yang ni besar. Dinner dalam flight : mee segera (vegetarian) and depa bagi ice cream. Alhamdulillah, kenyang. Cangi ke Penang, Silk Air. 

Ya ampun...lebih kurang 30 jam aku tak lena sebab aku bangun 4 pagi 5 hb, aku sampai di Penang ~11 pagi, 6 hb. Macam mana aku solat sepanjang perjalanan : Masa p aku solat jamak dalam flight, masa balik aku ABC.. 

Overall perjalanan & kerja smooth saja. Orang Filipina kebanyakkannya ramah & baik. Aku terkilan sebab tak ada peluang naik jeepney, tapi kawan aku kata tak yah la sebab kes ragut agak tinggi di sana. 

Ada few things aku tak leh : Nak makan memang susah, toilet dia memang tak ada paip kecuali certain-certain tempat macam kat airport tu ada, kalau keluar jalan-jalan susah sikit sebab tak ada surau kat luar. 


Ok, finally done sharing. Bye






Comments

Popular posts from this blog

"Anak Dara Tua"

Urusan Permohonan Meter TNB & PBA

pandora bracelet...gelang harus milik.