Pengalaman Pre Order Iphone 13 Mini di Switch
Hi Internet,
Sebenaqnya aku punyalah excited sebab aku dah pre-order iPhone 13 mini di Switch pada 28 Oktober hari tu.
Aku google-google jugak la pengalaman orang yang besa pre-order dengan Switch, tapi kebanyakkan posting tu dah lamaaa gila. So, mungkin tak menggambarkan situasi semasa dah kot. Aku decide untuk buat posting. Kot-kot hampa juga tercari-cari bagaimanakah nak pre-order.
Disclaimer : aku bukanla nak tukaq phone sebab iphone 13 tengah in sekarang ni, aku nak tukaq sebab iphone 6 aku tu , dah 5 tahun 7 bulan aku dok usung kehulu kehiliq. Daripada dulu single, sampai lani la (sama juga, single lagi.. haha). iphone 6 aku tu dah start lag sikit-sikit. Tiba masanya untuk kita move on. Eh! pulak.. iphone 6 tu adalah produk iphone pertama yang aku guna & aku teramat sangat puas hati. Kalau ada masa insyaallah aku buat posting lain, cerita pasai iphone 6 32G warna gold yang kebal . Jadi, sebab tu la aku nak stay dengan produk Apple juga.
Aku dok baca review, tengok utube, timbang-timbang antara julat harga iphone di pasaran & spesifikasi dia, akhirnya aku pun buat la keputusan nak ambik iphone 13 mini 128G warna pink.
Faktor paling ter utama sekali aku pilih mini adalah sebab tangan aku kecik saja. Bila aku pegang phone besaq, aku rasa macam satu bebanan wei nak usung hari-hari. Seperti beratnya sebuah tanggungjawab. Kalau banding saiz skrin phone aku sekarang, 4.7 inci, iphone 13 mini 5.5 inci, so yup insyaallah saiz skrin dia adalah ok untuk aku.
Berbekalkan tekad dan kad duit yang ada, balik kerja aku pun p la Switch. Harapan aku untuk ready stock tu memang dak la. Sebab aku tengok kat website Switch semua out of stock. Aku call SenQ pun tak dak ready stock. Wei orang Malaysia, hampa ni kaya-kaya no. Sakan hampa p borong sampai habis stok la.
Sampai kat Switch, hampa kena ambil nombor. Caranya guna whatapps, scan QR code, nanti hampa akan dapat nombor giliran. Depa nak hadkan bilangan orang dalam kedai, sebab pandemik.
Dah boleh masuk kedai, aku habaq kat sales person nak tengok iphone 13 mini. Dah puas timbang tara try pegang, menaip antara iphone 13 mini & iphone 13 , aku tekad la memang nak ambil 13 mini jugak. Sales person tu kata untuk 128G ada stok, tapi warna merah dan biru sahaja. Maka, xpalah, aku decide untuk pre-order. Sebab insist nak warna pink jugak. Hidup pink lady!.
Nyatakan phone yang hampa nak, pastu bayaq deposit RM 300.00. Nak bayaq tunai boleh, nak guna kad boleh. Nanti resit, Switch akan emel ke akaun hampa, kalau barang dah sampai, kedai akan call untuk p ambik.
Masa untuk dapat barang, palingggg cepat 1 minggu, paling lambat sebulan.. huehue lama juga la sebulan. Duit deposit RM 300.00 tu memang tak boleh ambil balik. Tapi kalau hampa berubah fikiran, boleh tukaq produk. Kot la balik rumah, tenung siling tiba-tiba rasa nak iphone 11 ka, boleh telefon kedai, minta tukaq order. Tu apa yang sales person tu bagi tau aku la.
Sekarang, aku masih dalam proses menunggu.. Sehari ku rasa setahun, jika tanpa iphone ku.. jika kau pergi jauh.. (Lirik lagu Hanya Sekali, nyanyian kumpulan feminin). Hampa mana tau, hampa mungkin tak lahir lagi masa lagu ni wujud. Haha
Ok, lepas satu minggu, aku dapat e-mel dari Switch mengatakan yang telefon aku is arriving soon. Iaitu pada 20 November dan keatas.
Update :
Pada 12 November , pukui 5.08 petang, aku dapat mesage daripada Switch bahawasanya telefon aku dah sampai di kedai. Aku dah boleh p ambil. Barang yang di order kena ambil dalam masa 3 hari, kalau tak p ambik, depa akan juai kat orang lain.
Tanpa berlengah lagi, aku bergegas ke kedai. Sampai di sana, tudiaaa punya ramai orang wei. Masing-masing nak tuntut phone depa kot. Ambil nombor giliran dan terpaksa lah menunggu.
All in all, masa daripada pre-order hingga dapat phone adalah 15 hari. Aku dah start guna & overall I is very the puas hati.
K, daaa.
#PreOrder #iphone31mini #Apple
![]() |
Pinjam la sat gambaq google. |
Comments
Post a Comment