Suami Curang
Hi Internet,
Posting kali ni aku nak bercerita pasai kecurangan seorang suami. Obviously bukan laki aku , tapi aku terkait sama dengan cerita dari negara zam zam ala kazam ni. Hampa boleh kalau nak judge kata aku adalah seorang penyondol rumah tangga orang, hampa bebas berfikiran demikian. Tapi sekurang-kurangnya, hampa baca lah dulu sehingga habis lepas tu hampa nilai sendiri.
Kisahnya bermula, apabila ada seorang lelaki ni approach aku. Tak yah la cerita dia kerja apa. Tapi sejenis pekerjaan yang ada uniform. Tinggi segak orangnya.
Niat aku cuma nak berkawan saja. Dan niat aku masih sama selepas beberapa ketika beliau menghubungi aku. Walaubagaimanapun, aku tetap nak check status dia. Aku bukan apa, aku tak mau sat g tak pasai-pasai aku kena serangan torpedo daripada bini dia pulak.
Tanpa segan dan silu, dia habaq status dia dah berkahwin. Aku tak tau ada anak ka dak. Aku tak tanya. Dia kata kat aku, sekurang-kurangnya dia jujur dengan aku. Aku dah rasa tak sedap. Awat nak approach aku kalau dia dah ada bini? apakah motifnya?
Dia dengan tanpa rasa bersalah, jawab 'dia nak aku jadi scandal dia'. Woi! menggigil kaki aku masa tu. Nasib baik dia cuma tanya kat mesej, kalau depan-depan, mungkin aku akan simbah ayaq kemuka beliau.
Bila dia kata 'scandal' tu. Aku macam rasa dia memperlekehkan status seorang wanita. Dia paham dak scandal tu maksud apa? EEEE geram sungguh la aku. Aku marah-marah lah kat mesej tu, aku rasa macam dia menghina dengan pelawaan dia tu.
Dia habaq wife dia sejenis yang selalu ada di rumah. Tak p mana-mana & selalu check phone dia. Aku tak tau wife dia kerja ka dak, tapi dari cara dia bercerita, macam wife dia x kerja. Aku kata, kalau dah wife dia selalu cek phone bagai, dia berani lagi dok ajak orang jadi scandal dia?? Dia kata wife dia takkan tau. Biadap wei!
Dalam hati aku, mungkin dia ada 2 telefon. 1 dia simpan di pejabat. Tapi aku dah tak contact dia lepas tu. Terus aku delete semua & aku tak mau ada kaitan dengan beliau lagi.
Nak dijadikan cerita, aku scroll-scroll Fb video, ada seorang perempuan trans ni bercerita bagaimana bf dia curang.
Sebenarnya, depa install apps yang kalau uninstall pun, mesej dan segala data dalam tu tak hilang. Contoh paling dekat adalah Telegram.
So, walaupun kaum-kaum isteri sekalian cek phone depa sejuta kali dalam seminggu, hampa takkan jumpa apa-apa bukti. Sebab bila balik rumah, depa uninstall apps-apps tu semua. Yang ada cumalah yang indah-indah belaka. Biadap!
Aku syak lelaki diatas guna modus operandi yang sama jugak!.
Aku tak paham, apa yang lelaki nak. Dapat isteri housewife yang selalu ada, tunggu dia balik kerja, dia x puas hati jugak. Isteri berkerja, tak ada masa untuk dia, pun jadi alasan jugak.
Lagi satu, pesanan aku untuk para isteri, tak perlu lah cek telefon semua tu. Jadilah yang terbaik, yang lain-lain serahkan urusan pada Allah.
Aku mungkin silap, tapi bagi aku, isteri perlu ada me time dan privacy sendiri. Macam tu jugak husband. Dan kalau husband nak curang, macam-macam cara depa akan buat.
Adios.
Comments
Post a Comment